Friday, November 5, 2010

Catatan Al-hambra 2 (sambungan)


Hari yang dinanti-nantikan.

Lawatan ke Al-hambra hanya ada 2 sesi setiap hari. Setiap sesi hanya 300 orang dibenarkan masuk. Dalam 300 orang setiap sesi setiap orang hanya dibenarkan 2 jam utk memasuki " "Nasrid Palace". Di dalam kubu kota Al-hambra terdapat 3 bahagian utama iaitu Nasrid Palace, Al-cazaba dan Placio del generalife. Harga tiket ialah 12 Euro seorang, lebihkurang RM 50.
Nasrid palace adalah kawasan Istana Khalifah dan disebelahnya palace carlos V yang dilarang masuk ( Saya agak ini kawasan masjid-yang sekarang sudah ditukar menjadi gereja) sebab temaptnya luas. Ia terletak ditengan2 kota dan dikelilingi Menara Peninjau dari arah "Al-cazaba" dan "ganeralife". Banyak lagi kawasan Al-hambra yg dipagar (dilarang masuk) dan nampak masih digali menjadi kerahsiaan. Ditengah2 Nasrid Palace terdapat kolam tempat beristirehat, setiap inci dindingnya sangat unik dengan ukiran marmar sangat halus memenuhi setiap bahagian dinding dan syiling. Tulisan ayat2 Al-quran atas marmar dan kombinasi warna marmar yg sangat seni masih kelihatan utuh dan kukuh. Seni ukirannya sangat menakjubkan. Gambaran 3D setiap penjuru sangat menakjubkan. Semua tiang dan ukiran adalah dari mar-mar, batukapur dan sebahagiannya dari kayu keras. Di semua bahagian ditengah2 bangunan dan luar terdapat air yg mengalir tak henti-henti. Seolah-olah syurga punya konsep. Di dalam satu ruang dikawal ketat dan tak boleh ambil gambar terdapat 5 ekor singa ukiran marmar putih yg mulutnya akan keluar air memancut setiap kali waktu solat tiba. MasyaAllah...sungguh ajaib. Di sebelah pinggirnya ada taman dan kolam mandi yang luas pada malam hari siterangi cahaya bulan. Kolam ini disediakan untuk tetamu kerajaan yg kepenatan datang dari jauh. Di tepi kolam mandi ini terdapat bilik2 "concubine" -gundik raja yang sultan selalu mendatangi mereka. saya rasa bukan gundik tetapi isteri2 sultan.
Waktu kami datang ada beberapa kumpulan pelancong korea/jepun/cina. Pemandu pelancomng mereka becertia detail. banyak sekali kami dengan perkataan Islam..islam...islam. Dalam hati saya harap-harap mereka akan cari sendiri apa itu Islam kerana hehebatan Al-hambra ini pada saya sangat menakjubkan, 10X lebih hebat dari Tembok Besar China. Saya dan isteri dengar Audio guide yg boleh dibeli 6 Euro.
Al-cazaba adalah kawasan kubu peninjau, sangat strategik dan sangat tinggi. gayat gak naik keatas. Kalau nak dikirakan kubu peninjau di puncak bukit ini adalah setinggi bangunan 4 tingkat ada yg lebih. Sebab itu dari jauh boleh dilihat. Terdapa 4 kubu peninjau utama yg berhubung antara satu sama lain melalui beberapa tingkat jalan dan ada yg jalan rahsia. Terdapat juga kubu bawah tanah, ada juga "Maze" utk mengelirukan musuh agaknya iaitu jalan rahsia dimana kalau kita masuk boleh sesat, dan terdapat juga penjara bawah tanah.
Ganeralife adalah kawasan kebun bunga yang dibuat khas didalam kota ini. Taman yg cantik ini dapat dilihat dengan jelas dari arah Al-cazaba dan Nasarid Palace kerana ianya berada dihujung bukit berdepan dengan Al-cazaba dan Nasrid Palace. Kota Al-hambra ini semacam membentuk V dengan ganeralife ini. Kawasan taman ini sangat unik dengan susunatur bunga dalam taman yg mengkagumkan. Di hujung Ganeralife ini terdapat pula tedapat 1 menara dan kubu peninjau.
Keseluruhannya kami sangat kagum dengan Al-Hambra. Keseluruhan kawasan kalau nak tinjau semuanya 4 jam yg diberikan memang ngam-ngam. Kota berwarna merah jika dilihat dari jauh menyebabkan ia dinamakan Al-hambra. Diatas puncak bukit dikelilingi kubu kota yg tinggi,kukuh dan menara peninjau yg tinggi memang sangat strategik utk mempertahankan sesebuah kerajaan. Al-hambra mengambarkan kehebatan kerajaan Islam yg menguasai Eropah selama hampir 200 tahun. Al-hambra menjadi pusat pemerintahan kerajaan Andalucia dari khalifah bani Abbasiah.
Sejarah membuktikan wanita adalah punca kejatuhan sesuatu pemerintahan. Semasa Tariq bin ziad menakluki Gibralta adalah juga disebabkan wanita (sila baca posting tentang tariq bin Ziad dalam posting terdahulu). Maksudnya Spanyol jatuh ketangan Islam juga disebabkan wanita. Bagaimana istana raja spanyol yg bergolak masa itu meminta bantuan Tarik bin Ziad akhirnya Islam menakluki Eropah. Begitu juga kejatuhan kerajaan Sultan Muhammad V juga disebabkan wanita. Audio guide yg menceritakan pada setiap inci kota Al-hambra, juga memberitahu bahawa dalam taman kolam mandi dibawah cahaya bulan dan ganeralife berlaku kecurangan dan penzinaan sesama saurara. Memang menyampah kita dengar seolah menghina pemerintah Islam (Sultan Muhammad). Pada saya kalau mereka cerita kebenaran kita kena terima itu sebagai pengajaran.
Positifnya 1.
Semasa ayah dan datuk nenek mereka menakluk kota ini dengan semangat jihad, namun selepas beberapa generasi anak cucu mereka sudah tidak memahaminya lagi. Tambahan mereka dibesarkan dalam kota yg cantik, indah dan penuh kemewahan. Apa yg mereka faham tentang jihad itu?. Apalah yg mereka faham bagaimana susuhnya datu nenek mereka membina kota itu. Biasanya orang yg sudah ada segala2nya akan malas dan yg mereka kejar adalah keseronokan demi keseronokan. Apa lagi yg nak diperjuangkan dalam hidup ini apabila semuanya sudah dalam gemgaman?. Dan wanita adalah salah satu keseronokan yg paling membutakan bagi lelaki, begitu juga sebaliknya. Kalau wanita dizaman Rasulullah membakar semangat jihad para suami dan anak2 mereka maka wanita dizaman kesenangan dan lemah iman adalah utk berfoya-foya. Kalau dulu wanita adalah pembina semangat rijal2 tetapi zaman kesenangan adalah peruntuh kota Iman dan kota Al-hambra yg kukuh ini. Awaslah dengan wanita...!!! bagi lelaki dan kalau anda adalah wanita, pilihlah bahawa anda nak jadi wanita yg macam mana?...he he.
"Awaslah wahai anak2ku awaslah wawai rijal2... jangan jadikan wanita sebagai penguat semangatmu dan alangkah rendahnya dirimu seandai wanita itu adalah peluntur semangat mu".

Positifnya 2.
Kalau semasa merampas kota dulu tentera Islam dibakari semangat jihad, untuk meletakkan Agama allah ditempatnya. Setelah Khalifah hidup dengan bersenang lenang, penuh kemewahan maka atas asas apakah lagi para tentera Islam nak berjuang. Kalau hanya nak mempertahankan kesenangan dan kemewahan Khalifah itu ..untuk apa?. Samalah dengan musuh mereka mempertahankan raja mereka. Jika kita sama saja dengan musuh kita, maka pada masa itu pertolongan allah tiada lagi siapa yg kuat akan menang.
"Maka awaslah dengan kesenangan dan kemewahan. Ingat satu hadis yg panjang "...di akhir zaman Umat islam ramai, tetapi mereka seperti hidangan...sahabat tanya kenapa ya rasulullah?. Rasulullah menjawab "Hubbu dunia wa hazaralmaut"...."

Positifnya 3.
Islam datang bukan datang untuk membina kota yg tersergam indah lagi mengkagumkan. Islam datang bukan utk sebuah kemewahan. Islam datang bukan untuk kehebatan seseorang atau kerana kehebatan seseorang, tetapi islam datang untuk Allah supaya tiada penyembahan dan ta'abud kepada selain dari Allah,. Islam datang utk ksejahteraan dan kebahagiaan semua manusia. Islam datang untuk semua manusia menjadikan akhirat adalah sebenar2nya negeri kesenangan yang kekal abadi dan penuh kenikmatan yang tuhan pencipta dunia ini janjikan.
"Ingatlah kebangkitan islam bermula dengan jalan dan cara yg suci lagi mulia. Tak akan bangkit Islam melainkan dengan cara yg sama dengan yang pernah di Asaskan oleh Nabi, para sahabat dan tabi-in terdahulu".
Inilah pengajaran yg saya dapat kutip dari Al-hambra

Tip bagi mereka yg nak lawati Al-hambra:
bagi mereka yg datang sendirian sahaja. Kalau ikut pakej pelancongan tu... ikut jer pemandu pelancong.
1. Anda boleh jalan kaki sahaja utk ke Al-hambra kalau anda tinggal di mana2 hotel ditengan kota Granada. Kawasan Al-baicin atau Gran Via De Colon street. Kami menginap di Hotel Granada centro, di calle navarette, sangat selesa, murah dan ada internet percuma, jauh dari kekotoron anjing, tidak seperti di al baicin, sangat banyak anjing dan najis anjing merata-rata. Hotel ini juga berhampiran dengan tempat restauran halal di sekitar calle Elvira. Jalan kaki 10 mnt akan sampai ke Kebab King halal, memang menjadi tumpuan kami setiap hari, tapi hanya buka jam 11 pagi, hingga lewat malam. Makanan sedap dan murah.
2. Anda boleh juga ambil bas yg bertulis Al-hambra di depan driver atau boleh baca pandun ditampal di setiap stesen bas.
3. Kawasan pusat pelancongan sekitar Al-hambra ni kecil jer. Lebih kurang pusat bandar Kota Bharu. Dari stesen bas pusat bandar hingga tepi sungai kan kita boleh jalan kaki jer. Peta yg diberi adalah termasuk lorong2 sempit celah2 rumah. Pada mulanya saya ingatkan jalanraya, soo ingatkan jauh lah.
4. Tiket ke Al-hambra ada 2 sesi jer. Kalau nak masuk pagi kena beratur awal kalau hari minggu takut tak dapat masuk. Kalau tak dapat masuk pagi kena tunggu petang.
5. Masuk tepat waktu, kalau lewat kena halau keluar. kalu kurang dari 2 jam anda takkan sempat melawat semua kawasan. Sebab kawasannya luas dan sangat mengasyikkan.
6. Jangan lupa juga siapkan bekalan makanan dan stamina utk berlajan dan memanjat. 4 jam diberikan bukan jalan rata.
7. Siapkan juga bateri kamera dan videocam secukupnya nanti menyesal kalau abih bateri.
8. Jangan lupa beli 'audio guide', 6 euro sahaja yang membantu kita memahami cerita di setiap bahagian kota Al-hambra.

Catatan Al-hambra 1


Hari ke-2 di Granada kami rancangkan khas untuk Al-hambra. Kami pergi seawal 7 30 pagi dengan menaiki bas. Bayaran 1.20 Euro dan selama 10 minit kami sampai di Al-Hambra. Kalau jalan kaki dari hotel kami lebih kurang 15 minit sahaja boleh sampai ke Al-Hambra.

Sesampainya kami di Al-hambra kelihatan sudah berderet2 orang beratur ambil tiket untuk masuk kedalam Al-hambra. Mereka hanya membenarkan 400 orang sahaja untuk masuk utk sesi pagi. Kami tak dapat masuk untuk pagi ni, maka giliran kami petang ni kul 2 hingga 6 petang.

Sementara menunggu kul 2 petang kami mengambil kesempatan utk ke Al-baicin. Menurut internet di Al-Baicin ini terdapatnya masjid. Disini terdapatnya kumuniti Muslim di Granada. Pada mulanya kami was-was samada utk jalan kami atau ambil bas. Kami mengambil keputusan utj jalan kaki sahaja kerana jaraknya tidak jauh, lebih kurang 4km sahaja. Setelah melalui lorong dengan agak lama kami tak jumpa juga masjid granada tu. Kepenatan sambil menaiki bukit menyiksakan kaki dan emosi kami. Setelah hampir sejam kepenatan berpandukan peta kami jumpa juga Islamic Center Granada dan disebelahnya adalah masjid. Alhamdulillah waktu itu sudah zuhor, kelihatan jemaah tengah solat berjemaah.



Bagi mereka yg nak kesini nasihat kami kalau tak larat boleh ambil bas 32 dari mana stesen bas tepi jalan di pusat bandar Granada. Cakap pada driver mereka akan berhenti dekat masjid tu. Tapi kalau jalan kaki kena lalui celah-celah lorong rumah dan kedai2 masyarakat Granada. Al-Baicin ni atas bukit mengadap Al-hambra. Untuk panduan juga masjid Granada bersebelahan tempat mengambil gambar dan melihat Al-hambra. so o..tanya orang,ikut peta pelancongan atau ikut saja pelancong yg nak ke tempat utk melihat Al-hambra, anda akan sampailah ke masjid. Intai-intailah disebelah tu akan nampak masjid...InsyaAllah. Perlu diingat Azan, lambang masjid tak boleh dizahirkan disini. soo mereka azam dalam masjid jer dan rupa masjid dari luar hanya macam sebuah rumah banglo sahaja. Syiar islam tak boleh dizahirkan disini. Dan kalau anda jalan kaki menuruni Al-baicin kesebelah kanan anda akan jumpa kawasan orang islam arab, tetapi awas tahi anjing banyak. Mereka orang-orang arab ni berniaga restoran dan kedai cenderahata.

Kul 2 petang saya balik hotel sat dengan berjalan kaki dari Al-Baicin. Kul 3 saya ke Al-hambra giliran saya. Dengan menaiki bas saya sampai di Al-hambra dan kelihatan pelancong sudah beratur utk masuk ke "Nasrid Palace" Sultam muhammad ke-5...kami bergegas mengambil giliran. bersambung...

catatan Al-hambra 2

Dari Madraid ke Granada

Penerbangan kami ke Madarid pukul 1 pagi waktu Qatar. Kira2 kul 5 pagi waktu Malaysia. Cuba anda bayangkan sudah berapa jam kami tak tidur. Penerbangan menggunakan Qatar Air ini tiba di Madraid kira2 7 30 pagi. kami solat subuh sambil duduk sejurus sebelum K terbang mendarat di Madraid Air Port.

Bas dari Madraid ke Granada kul 10 30 pagi. Kami lepak di Air Port sambil menunggu bas datang. Suhu sekitar 7 degree, tambahan hujan dan angin kuat. hmmm... agak extreme juga baki kami yg tak biasa susu sesejuk ini. Bas sampai tepat pada waktunya. Tetapi untuk komunikasi bertanya agak susah sedikit kerana kebanyakan orang spanyol tidak boleh berbahasa Inggeris. Agak sukar juga bagi kami utk mencari bas dan terminal, terpaksalah bertanya banyak orang dan banyak kali. Ada yg very helpfull...nak menolong walau menggunakan bahasa Spanyol dan bahasa isyarat, ada juga yh memandang pelik kerana kami orang asing dan bertudung. Agaknya asing pada mereka atau mereka memandang dengan prasangka terhadap Muslim.


Kami sampai di stesen bas canteral Granada dalam kul 3 petang. Teksi sangat mudah didapati, terus hantar hotel kami "canteral hotel granada" yg terletak ditengah2 Granada. Perjalanan kehotel mengambil masa 15 mnt, bayar 5 USD. Masa tu kepenatan lebih kurang 2 hari perjalanan...seolah tercabut setelah dapat merebahkan badan, baring dan berekat sebentar. Cuba anda bayangkan perjalanan beribu KM, mengambil masa hampir 48 jam dan tidur yg tak menentu, mata dah rasa kepedihan dan "body clock' sudah berubah.


Kami rehat sekejap dan keluar lepas solat maghrib untuk cari makanan halal. Rupa2nya orang disini keluar pada waktu malam hingga 3 pagi. suhu dalam 10 gedree agak sejuk. Kami main redah jer jalan2 utk cari makanan halal berpandukan internet, kawasan El-vera dan El-baicin mudah utk dapatkan makana halal. Perjalanan dari hotel kami di navrrete, Via de Colon ke El-Vira memakan masa dalan 10 mnt shj. Ada Kebab King halal. Orang Arab Moroco/mesir. Sedap...kerana lapar gaknyer. Lepas makan malam+tengahhari kami tinjau jalan utk ke al-hambra yang menjadi destinasi kami pada esok hari. Kira 10 malam kami balik kehotel dan rehat+tidur dengan lega sekali. Semua rancangkan kami terlaksana, semua yg kami harap tercapai. Alhamdulillah.
Kepada sesiapa yg hendak ke Granada dan El-hambra perjalanan menggunakan public transport sangat effision dan mudah. semanya boleh dilayari internet dgn mudah. Bas dan teksi selamat dan tak perlu takut dengan penipuan. Stesen bas mereka sangat canggih macam airport tempat kita. "Information center" ada disemua stesen bas, meraka boleh bernahasa Inggeris, maklumat utk pelancong ada disana. Teksi pakai meter dan boleh minta resit. Flihgt tiket dan bas boleh book on-line. Peta lokasi boleh didapati di "tourist information centre" yg ada disetiap stesen bas atau download guna google dengan senang sekalu. Anda takkan sesat dan perlu bimbang keselamatan. Saya rasa itulah aset mereka yg mereka perju jaga utk menarik pelancong sebagai sumber pendapatan mereka yg utama.

Dari Kota Bharu ke Granada


Transit Doha, Qatar.

Perjalanan dari Kota Bharu ke Granada, Spanyol memakan masa hampir dua hari. Flight dari KLIA ke Madraid mengambil masa lebih kurang 14 jam. Kira2 sama masa penerbangan utk ke Landon. Penerbangan dari KLIA ke Qatar sahaja mengambil masa 7 Jam; Depart at 10 30 am dari KLIA sampai dalam pukul 12 30 tgh hari waktu Qatar. Seolah-olah penerbangan memakan masa 2 jam sahaja, tetapi perbezaan masa antara Malaysia dan Qatar adalah lebih kurang 5 jam, menjadikan jumlah sebenar perjalanan adalah 7 jam. Penerbangan sama arah dengan pergerakan matahari.


Transit di Qatar selama 12 jam. Penerbangan seterusnya ke Madraid Adalah pukul 1 pagi nanti. Kami mengambil kesempatan utk melihat2 bandaraya Doha, Qatar. Kami bayar 31 USD utk visa masuk ke Qatar. Kebetulan ada kawan Umi semasa di Sekolah menengah dulu. walaupun sudah 30 tahun tak bersua...rupa2nya mereka masih kenal. Itulah hikmahnya kebaikan fb, pencarian rakan2 lama menjadikan sangat mudah. K Umi dan suami menyambut kami dengan mesra sekali. Keluar dari Aor Port mereka terus menyapa kami dengan girang sekali, seolah2 biasa sedangkan sudah 30 tahun tak bertemu. mereka sungguh mesra dan baik sekali.

Rumah K Umi ditengah2 bandar Doha. K Umi berkerja dengan kerajaan Qatar. Perjalanan kerumahnya membolehkan kami melihat keunikan bandaraya Doha yg dibina ditepi laut. Bangunan pencakar langit dengan landskap unik menjadikan Qatar sangat instimewa seperti Dubai. Kami berada dirumah K. Umi hingga malam kerana penerbangan kami ke Madraid adalah pukul 1 pagi. K Umi sediakan sup kibash. Umphhh.. sangat sedap, kira banyak gaklah kami makan.

lepas maghrib K Umi dan suami bawa kami jalan ke "Sauk ....", pasar yg menjadi tarikan utama penduduk tempatan dan pelancong. Kira2 macam pasar Buluh Kubu kalau di Kota Bharu. Kebiasaan orang arab mereka akan keluar merayau, shooping dan berkelah pada waktu malam. Kami pergi pula ke Supermarket ditengah2 bandar Doha sebelum mereka hantar kami ke Air Port pada pukul 10 30 malam. Terimakasih K Umi dan suami...nanti kalau balik Malaysia, dan ke Kelantan mesti datang rumah kami. Ok. Moga Allah saja yg dapat membalas semua kebaikan K Umi dan suami.