Friday, November 5, 2010

Catatan Al-hambra 2 (sambungan)


Hari yang dinanti-nantikan.

Lawatan ke Al-hambra hanya ada 2 sesi setiap hari. Setiap sesi hanya 300 orang dibenarkan masuk. Dalam 300 orang setiap sesi setiap orang hanya dibenarkan 2 jam utk memasuki " "Nasrid Palace". Di dalam kubu kota Al-hambra terdapat 3 bahagian utama iaitu Nasrid Palace, Al-cazaba dan Placio del generalife. Harga tiket ialah 12 Euro seorang, lebihkurang RM 50.
Nasrid palace adalah kawasan Istana Khalifah dan disebelahnya palace carlos V yang dilarang masuk ( Saya agak ini kawasan masjid-yang sekarang sudah ditukar menjadi gereja) sebab temaptnya luas. Ia terletak ditengan2 kota dan dikelilingi Menara Peninjau dari arah "Al-cazaba" dan "ganeralife". Banyak lagi kawasan Al-hambra yg dipagar (dilarang masuk) dan nampak masih digali menjadi kerahsiaan. Ditengah2 Nasrid Palace terdapat kolam tempat beristirehat, setiap inci dindingnya sangat unik dengan ukiran marmar sangat halus memenuhi setiap bahagian dinding dan syiling. Tulisan ayat2 Al-quran atas marmar dan kombinasi warna marmar yg sangat seni masih kelihatan utuh dan kukuh. Seni ukirannya sangat menakjubkan. Gambaran 3D setiap penjuru sangat menakjubkan. Semua tiang dan ukiran adalah dari mar-mar, batukapur dan sebahagiannya dari kayu keras. Di semua bahagian ditengah2 bangunan dan luar terdapat air yg mengalir tak henti-henti. Seolah-olah syurga punya konsep. Di dalam satu ruang dikawal ketat dan tak boleh ambil gambar terdapat 5 ekor singa ukiran marmar putih yg mulutnya akan keluar air memancut setiap kali waktu solat tiba. MasyaAllah...sungguh ajaib. Di sebelah pinggirnya ada taman dan kolam mandi yang luas pada malam hari siterangi cahaya bulan. Kolam ini disediakan untuk tetamu kerajaan yg kepenatan datang dari jauh. Di tepi kolam mandi ini terdapat bilik2 "concubine" -gundik raja yang sultan selalu mendatangi mereka. saya rasa bukan gundik tetapi isteri2 sultan.
Waktu kami datang ada beberapa kumpulan pelancong korea/jepun/cina. Pemandu pelancomng mereka becertia detail. banyak sekali kami dengan perkataan Islam..islam...islam. Dalam hati saya harap-harap mereka akan cari sendiri apa itu Islam kerana hehebatan Al-hambra ini pada saya sangat menakjubkan, 10X lebih hebat dari Tembok Besar China. Saya dan isteri dengar Audio guide yg boleh dibeli 6 Euro.
Al-cazaba adalah kawasan kubu peninjau, sangat strategik dan sangat tinggi. gayat gak naik keatas. Kalau nak dikirakan kubu peninjau di puncak bukit ini adalah setinggi bangunan 4 tingkat ada yg lebih. Sebab itu dari jauh boleh dilihat. Terdapa 4 kubu peninjau utama yg berhubung antara satu sama lain melalui beberapa tingkat jalan dan ada yg jalan rahsia. Terdapat juga kubu bawah tanah, ada juga "Maze" utk mengelirukan musuh agaknya iaitu jalan rahsia dimana kalau kita masuk boleh sesat, dan terdapat juga penjara bawah tanah.
Ganeralife adalah kawasan kebun bunga yang dibuat khas didalam kota ini. Taman yg cantik ini dapat dilihat dengan jelas dari arah Al-cazaba dan Nasarid Palace kerana ianya berada dihujung bukit berdepan dengan Al-cazaba dan Nasrid Palace. Kota Al-hambra ini semacam membentuk V dengan ganeralife ini. Kawasan taman ini sangat unik dengan susunatur bunga dalam taman yg mengkagumkan. Di hujung Ganeralife ini terdapat pula tedapat 1 menara dan kubu peninjau.
Keseluruhannya kami sangat kagum dengan Al-Hambra. Keseluruhan kawasan kalau nak tinjau semuanya 4 jam yg diberikan memang ngam-ngam. Kota berwarna merah jika dilihat dari jauh menyebabkan ia dinamakan Al-hambra. Diatas puncak bukit dikelilingi kubu kota yg tinggi,kukuh dan menara peninjau yg tinggi memang sangat strategik utk mempertahankan sesebuah kerajaan. Al-hambra mengambarkan kehebatan kerajaan Islam yg menguasai Eropah selama hampir 200 tahun. Al-hambra menjadi pusat pemerintahan kerajaan Andalucia dari khalifah bani Abbasiah.
Sejarah membuktikan wanita adalah punca kejatuhan sesuatu pemerintahan. Semasa Tariq bin ziad menakluki Gibralta adalah juga disebabkan wanita (sila baca posting tentang tariq bin Ziad dalam posting terdahulu). Maksudnya Spanyol jatuh ketangan Islam juga disebabkan wanita. Bagaimana istana raja spanyol yg bergolak masa itu meminta bantuan Tarik bin Ziad akhirnya Islam menakluki Eropah. Begitu juga kejatuhan kerajaan Sultan Muhammad V juga disebabkan wanita. Audio guide yg menceritakan pada setiap inci kota Al-hambra, juga memberitahu bahawa dalam taman kolam mandi dibawah cahaya bulan dan ganeralife berlaku kecurangan dan penzinaan sesama saurara. Memang menyampah kita dengar seolah menghina pemerintah Islam (Sultan Muhammad). Pada saya kalau mereka cerita kebenaran kita kena terima itu sebagai pengajaran.
Positifnya 1.
Semasa ayah dan datuk nenek mereka menakluk kota ini dengan semangat jihad, namun selepas beberapa generasi anak cucu mereka sudah tidak memahaminya lagi. Tambahan mereka dibesarkan dalam kota yg cantik, indah dan penuh kemewahan. Apa yg mereka faham tentang jihad itu?. Apalah yg mereka faham bagaimana susuhnya datu nenek mereka membina kota itu. Biasanya orang yg sudah ada segala2nya akan malas dan yg mereka kejar adalah keseronokan demi keseronokan. Apa lagi yg nak diperjuangkan dalam hidup ini apabila semuanya sudah dalam gemgaman?. Dan wanita adalah salah satu keseronokan yg paling membutakan bagi lelaki, begitu juga sebaliknya. Kalau wanita dizaman Rasulullah membakar semangat jihad para suami dan anak2 mereka maka wanita dizaman kesenangan dan lemah iman adalah utk berfoya-foya. Kalau dulu wanita adalah pembina semangat rijal2 tetapi zaman kesenangan adalah peruntuh kota Iman dan kota Al-hambra yg kukuh ini. Awaslah dengan wanita...!!! bagi lelaki dan kalau anda adalah wanita, pilihlah bahawa anda nak jadi wanita yg macam mana?...he he.
"Awaslah wahai anak2ku awaslah wawai rijal2... jangan jadikan wanita sebagai penguat semangatmu dan alangkah rendahnya dirimu seandai wanita itu adalah peluntur semangat mu".

Positifnya 2.
Kalau semasa merampas kota dulu tentera Islam dibakari semangat jihad, untuk meletakkan Agama allah ditempatnya. Setelah Khalifah hidup dengan bersenang lenang, penuh kemewahan maka atas asas apakah lagi para tentera Islam nak berjuang. Kalau hanya nak mempertahankan kesenangan dan kemewahan Khalifah itu ..untuk apa?. Samalah dengan musuh mereka mempertahankan raja mereka. Jika kita sama saja dengan musuh kita, maka pada masa itu pertolongan allah tiada lagi siapa yg kuat akan menang.
"Maka awaslah dengan kesenangan dan kemewahan. Ingat satu hadis yg panjang "...di akhir zaman Umat islam ramai, tetapi mereka seperti hidangan...sahabat tanya kenapa ya rasulullah?. Rasulullah menjawab "Hubbu dunia wa hazaralmaut"...."

Positifnya 3.
Islam datang bukan datang untuk membina kota yg tersergam indah lagi mengkagumkan. Islam datang bukan utk sebuah kemewahan. Islam datang bukan untuk kehebatan seseorang atau kerana kehebatan seseorang, tetapi islam datang untuk Allah supaya tiada penyembahan dan ta'abud kepada selain dari Allah,. Islam datang utk ksejahteraan dan kebahagiaan semua manusia. Islam datang untuk semua manusia menjadikan akhirat adalah sebenar2nya negeri kesenangan yang kekal abadi dan penuh kenikmatan yang tuhan pencipta dunia ini janjikan.
"Ingatlah kebangkitan islam bermula dengan jalan dan cara yg suci lagi mulia. Tak akan bangkit Islam melainkan dengan cara yg sama dengan yang pernah di Asaskan oleh Nabi, para sahabat dan tabi-in terdahulu".
Inilah pengajaran yg saya dapat kutip dari Al-hambra

Tip bagi mereka yg nak lawati Al-hambra:
bagi mereka yg datang sendirian sahaja. Kalau ikut pakej pelancongan tu... ikut jer pemandu pelancong.
1. Anda boleh jalan kaki sahaja utk ke Al-hambra kalau anda tinggal di mana2 hotel ditengan kota Granada. Kawasan Al-baicin atau Gran Via De Colon street. Kami menginap di Hotel Granada centro, di calle navarette, sangat selesa, murah dan ada internet percuma, jauh dari kekotoron anjing, tidak seperti di al baicin, sangat banyak anjing dan najis anjing merata-rata. Hotel ini juga berhampiran dengan tempat restauran halal di sekitar calle Elvira. Jalan kaki 10 mnt akan sampai ke Kebab King halal, memang menjadi tumpuan kami setiap hari, tapi hanya buka jam 11 pagi, hingga lewat malam. Makanan sedap dan murah.
2. Anda boleh juga ambil bas yg bertulis Al-hambra di depan driver atau boleh baca pandun ditampal di setiap stesen bas.
3. Kawasan pusat pelancongan sekitar Al-hambra ni kecil jer. Lebih kurang pusat bandar Kota Bharu. Dari stesen bas pusat bandar hingga tepi sungai kan kita boleh jalan kaki jer. Peta yg diberi adalah termasuk lorong2 sempit celah2 rumah. Pada mulanya saya ingatkan jalanraya, soo ingatkan jauh lah.
4. Tiket ke Al-hambra ada 2 sesi jer. Kalau nak masuk pagi kena beratur awal kalau hari minggu takut tak dapat masuk. Kalau tak dapat masuk pagi kena tunggu petang.
5. Masuk tepat waktu, kalau lewat kena halau keluar. kalu kurang dari 2 jam anda takkan sempat melawat semua kawasan. Sebab kawasannya luas dan sangat mengasyikkan.
6. Jangan lupa juga siapkan bekalan makanan dan stamina utk berlajan dan memanjat. 4 jam diberikan bukan jalan rata.
7. Siapkan juga bateri kamera dan videocam secukupnya nanti menyesal kalau abih bateri.
8. Jangan lupa beli 'audio guide', 6 euro sahaja yang membantu kita memahami cerita di setiap bahagian kota Al-hambra.

No comments:

Post a Comment